Wednesday, November 9, 2016


PENGENALAN 


Bidang keusahawanan telah memainkan peranan yang besar serta penting dalam pembangunan di Malaysia.dalam hal ini, kerajaan beserta kerjasama daripada pihak-pihak bukan kerajaan dan juga agensi-agensi yang terdapat di Malaysia telah menganjurkan pelbagai program pembangunan keusahawanan dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak bilangan usahawan yang berkebolehan serta berkebolehan dari pelbahgai aspek. Bidang keusahawan bukan sahaja menjadi pemnagkin kepada ekonomi sesebuah negara, malahan bidang ini juga menjadi salah satu jalan keluar atau jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negara Malaysia. (Norashidah Hashim, 2009).

Bidang keusahawanan juga mampu mencipta perniagaan baru untuk sesebuah negara serta menjurus kepada penemuan sumber penciptaan penemuan terbaru, terbaru serta inovasi. Pelbagai penemuan utama dalam abad ke-20 adalah hasil daripada inisiatif daripada bidang keusahawan. Negara Malaysia memperoleh keuntungan yang berlipat ganda dari bidang keusahawanan. Negara bukan sahaja dapat menikmati faedah dari segi keuntungan ekonomi sahaja, malahan masyarakat juga turut merasai faedah dari bidang keusahawanan dari segi taraf kehidupan, tanggungjawab sosial serta pengukuhan industri. (Mahmood, 2010)


TUGASAN 1(a)

1.    RANGKAIAN PERNIAGAAN
    Rangkaian perniagaan merupakan elemen terpenting dalam perniagaan bagi memastikan perniagaan lebih dikenali. Rangkaian perniagaan adalah hubungan yang wujud di antara beberapa individu di dalam sesebuah perniagaan termasuklah peniaga, pembekal atau pemborong dan pelanggan. Usahawan yang memiliki rangkaian perniagaan yang luas membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu, dalam perniagaan masa kini terdapat banyak persaingan. Untuk mengurangkan persaingan, usahawan perlu mewujudkan usahasama bagi memastikan perniagaan dapat berkembang. Usahawan boleh memperkenalkan perniagaan mereka pada pelanggan yang baru iaitu pelanggan kepunyaan rakan niaga mereka. Hubungan rangkaian yang baik dapat membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah berkaitan perniagaan mereka untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama. Usahawan perlu mencari jalan untuk membina rangkaian yang baik agar dapat memperolehi manfaat daripadanya.
      Contoh usahawan yang mempunyai rangkaian yang meluas ialah Tan Sri Dato’ Sri Tony Fernandes. Beliau merupakan ketua pegawai Eksekutif bagi syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Beliau dikatakan mempunyai rangkaian meluas kerana dalam meraih kejayaan, beliau dibantu oleh rakan baiknya iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Beliau mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat tersebut setelah tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Easyjet. Oleh hal yang demikian, beliau dan Datuk Kamarudin bersepakat untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan RM1 juta sebagai modal bagi memulakan perniagaan. Selain itu, Tan Sri Tony turut meminta bantuan Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lessen pernerbangan. Beliau menyedari Datuk Pahamin telah banyak berjasa dalam merealisasikan impiannya, beliau telah mempelawa Datuk Pahamin untuk menjadi rakan kongsi.
Kejayaan Tan Sri Dato Sri Tony Fernandes dalam bidang perniagaan penerbangan telah membuktikan bahawa hubungan yang baik dengan pelbagai pihak dalam perniagaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesebuah perniagaan dapat berkembang dan maju. Usahawan yang memiliki rangkaian yang luas mesti bersikap proaktif dan fokus melakukan sesuatu yang bertumpu pada rangkaian perniagaan untuk pertumbuhan perniagaan. Hasil kerjasama beliau dengan beberapa orang kenalan, beliau berjaya mengambil alih Air Asia Sdn. Bhd.


2.    KREATIF DAN INNOVATIF
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
    Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
    Menurut beliau daripada pemerhatiannya semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk
 beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif. Usahawan kreatif mestilah berkeupayaan mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Daya kreativiti usahawan menghasilkan sesuatu barangan yang baru, berguna dan berkualiti akan dapat menyaingi pesaingnya. Daya kreativiti usahawan dapat dilihat dalam pembangunan teknologi maklumatdan komunikasi. Pelbagai perisian computer dicipta selaras tahap penggunaan computer di pelbagai bidang. Usahawan mestilah dan sentiasa peka dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku. Inovatif bermaksud kebolehan mengubah suai, meningkatkan mutu atau membuat pembaharuan ke atas barang atau perkhidmatan yang sedia ada kepada sesuatu yang berbeza dan luar biasa serta berpandangan jauh.
      Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
    Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik.

3.    KOMITMEN YANG TINGGI
Komitmen yang tinggi amat perlu pada peringkat permulaan perniagaan dimana usahawan memerlukan ciri ini iaitu komitmen yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran, rintangan dan masalah untuk menjayakan bisnes mereka Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Usahawan amat memerlukan komitmen yang tinggi pada peringkat permulaan perniaagan atau lebih dikenali sebagai peringkat survival, untuk menghadapi segala kesulitan untuk mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing yang telah sedia ada. Usahawan-usahawan diluar sana juga memerlukan ciri ini pada peringkat pertumbuhan atau dikenali sebagai peringkat growth, untuk terus mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, usahawan juga perlu komitmen terhadap idea dan juga pelaburan mereka untuk memastikan perniagaan yang mereka usahakan terus berjaya.
Contoh usahawan yang mempunyai ciri ini adalah Datuk Loh Boon Siew. Beliau  berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.
       Pada sekitar tahun 1980-an, boleh dikatakan 10 buah motosikal yang berada di jalan raya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew bertanggungjawab untuk membawa masuk motosikal Honda terbabit ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung pada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan
seorang yang sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini.
      Sebagai usahawan berjaya, Tan Sri dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan untuk membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd. Dengan terbinanya kilang ini, motosikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan kos pemasangan dan jualan.
        Dengan sikap komitmen tinggi inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutamanya dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti Tan Sri. Sikap positif ini senjata utama dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri permotoran Malaysia.


4.    LOKUS KAWALAN DALAMAN
Lokus kawalan dalaman merupakan antara ciri-ciri usahawan yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Lokus kawalan dalaman yang tinggi perlu ada dalam diri seorang usahawan untuk memperlihatkan akan keyakinan usahawan tersebut terhadap kebolehan dirinya sendiri. Kejayaan ataupun kegagalan seseorang usahawan itu adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. (Abdullah, 2009). Usahawan yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak sahih.
Antara contoh usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs.  Bermula dengan hanya 4 produk kini D’Herbs  sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat.
Walaupun pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’ Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip sikit-sikit, lama- lama jadi bukit  itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah yang membuatkan beliau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa yang terjadi.

5.    PENGAMBIL RISIKO TERBUKA
      Sebagai contoh, Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan yang berani mengambil risiko secara terbuka. Tan Sri Lim Goh Tong berpendapat bahawa sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
            Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan perniagaan rasminya setelah melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh Tong mampu tersenyum lebar kerana projek mega inilah yang pernah meletakkannya sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan antara orang yang terkaya di dunia. Menurut majalah Forbes Asia Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007.

6.    BERORIENTASIKAN PELUANG
Salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan berjaya ialah bijak mengambil peluang. Hal ini demikian kerana peluang mampu menjadi sumber kewangan atau keuntungan.  Menurut Zafir dan Fazilah (2003), sesudah peluang dikenal pasti, seorang usahawan membiarkan peluamg tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang diperlukan. Ini membuktikan kejayaan sesebuah perniagaan bukan sahaja bergantung pada strategi, struktur dan sumber tetapi juga bergantung pada peluang.
Contoh usahawan berjaya yang menepati ciri ini ialah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew. Beliau merupaka pengasas Boon Siew Honda di Malaysia. Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia kerana mampu mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di negara ini. Idea untuk memperkenalkan Honda di Malaysia tercetus ketika beliau melancong ke Jepun pada tahun 1958. Beliau berpendapat bahawa Honda mempunyai peluang yang besar dalam industri automotif kerana saiz yang kecil dan ringan berbanding keluaran Eropah.
Beliau juga diketawakan ketika mengemukakan pendapat untuk memperkenalkan Honda di Malaysia. Pada peringkat permulaan, beliau hanya menjual motosikal kepada rakan-rakan sahaja kerana beliau ingin masyarakat lebih mengenali jenama berkenaan. Pada tahun1963, Honda telah berjaya menjadi kenderaan paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan. Struktur dan saiz motosikal Honda yang ringan dan selesa memudahkan pengguna untuk menggunakan motosikal berkenaan.
Tan Sri Loh Boon Siew mengenal pasti dan mengguna peluang perniagaan sebaik mungkin berdasarkan pemerhatian beliau. Hal ini membuktikan bahawa usahawan yang berjaya memanfaatkan peluang sebaik mungkin biarpun menyedari akan risiko-risiko yang bakal ditanggung.

7.    PROAKTIF
         Proaktif ialah bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Dalam konteks keusahawanan, seorang usahawan itu mestilah bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan.Sebagai contoh, Saiful Nang yang dikenali dalam bidang fotografi. Siapa yang menceburi bidang ini pasti kenal dengan tuan empunya badan. Beliau juga antara jutawan fotografi yang termuda di Malaysia. Banyak gambar-gambar yang diambil oleh beliau dan sekarang mempunyai sebuah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd sebagai seorang CEO. Beliau berasal daripada keluarga yangmiskin telah melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun. Beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Sikap beliau ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang proaktif. Pada masa kini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat yang mempunyai penjenamaan sendiri. Beliau juga mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan mengembangkannya menjadi sebuahinstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sejak awal lagi beliau telah berjinak-jinak dalam bidang ini. Syarikat fotografi yang ditubuhkan oleh beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan banyak Negara luar. Setakat ini, lebih 30,000 orang jurugambar yang sudah beliau telah didik dalam bidang ini. Beliau bertindak berani untuk menjengah bidang keusahawanan dalam usia muda walaupun risiko sebagai seorang usahawan untuk menubuhkan syarikat atau perniagaan sendiri adalah tinggi. Dengan berkat kesungguhan dan sikap beliau yang bertindak lebih awal untuk memulakan perniagaan dalam usia muda adalah satu tindakan yang bijak dan proaktif. Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candid Syndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura. Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia.

TUGASAN 1 (b)





BIOGRAFI DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN

KEHIDUPAN AWAL DAN PENDIDIKAN
            Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 3 April 1987 di kediaman Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau kemudiannya telah berpindah ke kawasan Selangor. Dan melanjutkan pelajaran beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, beliau berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Beliau bersekolah di Sekolah Menegah Telok Gadong Klang, Selangor. Kemudian, beliau mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu agama. Akhirnya beliau memilih untuk menuntut ilmu agama di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Agak lama beliau di Kelantan dan ini boleh dikira sebagai satu perkara yang mempengaruhi beliau untuk berniaga dimana rakyat Kelantan ramai yang menjalankan perniagaan. Setelah itu, beliau menyambung pula pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Kini beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Shahida binti Mohd Rashid dan telah dikurniakan 3 orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

PENUBUHAN AWAL SYARIKAT
       D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 dimana beliau hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk Pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini beliau mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia. Baru-baru ini Dato Aliff Syuki telah menerima anugerah ikon usahawan bumiputera bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh usahawan tudung berjaya, Noor Neelofa Mohd Noor. 


PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2016
     Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana beliau telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
      Beliau juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
     D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan beliau juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.
Pada tahun 2016, beliau muncul dengan produk terbaru iaitu Fantasy Skincare yang merupakan produk kecantika. Produk ini telah diperkenalkan melalui program realiti di Astro iaitu Akademi Fantasia 2016. Produk ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelanggan beliau dan menjadikan syarikat itu terus berkembang maju.


CIRI-CIRI KEUSAHAWAN OLEH DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN














 1) KOMITMEN YANG TINGGI ( HIGH COMMITMENT )
Datuk Aliff Shukri Kamarzaman merupakan seorang usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam dirinya. Datuk Aliff Shukri Kamarzaman dikenali sebagai 'abang terlajak laris' dan 'datuk terlajak laris' bukan kerana sesuatu yang tidak baik tetapi kerana slogan yang terkenal 'Terlajak laris' untuk produk kecantikan, D'Herbs. Walau bagaimanapun, Beliau tidak pernah merasa kesal walaupun masyarakat tidak menerima slogan beliau. Malah, masyarakat telah memasukkan ke dalam laman sosial melabelkan beliau sebagai lelaki lembut kerana penampilannya dalam iklan yang berkaitan produk kecantikan. Tetapi kini, produk beliau menjadi terkenal kerana slogan tersebut.
       Aliff Shukri berkata, beliau sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membangunkan syarikat itu selepas menghadapi banyak masalah termasuk strategi pengiklanan walaupun masyarakat mencemuh keperibadiannya. Dia menyamar sebagai seorang pengurus kerana dia tidak mempunyai pekerja dan beliau juga cuba untuk menjadi model Pakistan dan pengasas kosmetik. Strategi ini tidak berkesan. "Saya menukar strategi dan muncul di televisyen dengan gaya watak korporat, tetapi strategi tidak berkesan. Selama dua tahun wang beliau telah dilaburkan dalam pengiklanan, ia tidak mendapat sebarang keuntungan sama sekali" katanya semasa temu duga baru-baru ini.
         Mengimbas kembali kisah jatuh bangun perniagaannya, Aliff Shukri berkata, ia bukan mudah untuk berdiri kukuh dan mendapat kepercayaan dari masyarakat. Beliau berkata, untuk berjaya, beliau telah banyak mengorbankan perkara dalam hidupnya, perlu banyak keyakinan dalam menghadapi segala cabaran. “Masyarakat mungkin berfikir saya seorang yang bernasib baik, tetapi kejayaan yang sebenar bukanlah semudah yang dilihat”. Hal di atas menjadikan beliau seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk meneruskan perniagaannya walau apa pun yang terjadi.

 2)  PROAKTIF ( PROACTIVE )
      Ciri proaktif ditakrifkan sebagai mengubah atau mengawal keadaan dengan mengambil langkah inisiatif dan dapat menjangkakan keadaan yang akan berlaku serta bertindak terlebih dahulu untuk mengatasi keadaan tersebut.
     Dato 'Aliff Syukri mula mengambil langkah dengan menjual produk kecanikannya sendiri walaupun beliau tahu produk kecantikan selalunya didominasikan oleh kaum wanita. Pada mulanya, Dato 'Aliff Syukri hanya menjual jamu orang lain dan produk kesihatan sejak berumur 16 tahun. Beliau cukup merendah diri hanya dengan menjual di pasar petani tempatan di pelbagai lokasi. Beliau tidak begitu berjaya dalam pelajaran dan daripada keluarga miskin, tetapi beliau berazam untuk berjaya. Menjual di pasar tani adalah sesuatu yang sukar, dengan kewangan yang kurang, beliau mampu mengumpul dan menyimpan wang. Selepas beliau berkahwin, beliau mula bekerja lebih keras. Masa pergi meninggalkan pengalaman, beliau mula mengambil inisiatif dengan mencuba untuk menjual produk ekcantikannya tersendiri. Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga, beliau kemudian mula mengasas D'Herbs dengan wang simpanannya sendiri.
   Oleh kerana beliau tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan mana-mana pengedar, ia agak sukar untuk meminta orang ramai untuk menjual produk beliau. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk memberikan produknya kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta wang daripada mereka. Tindakannya itu telah menyebabkan Dato’ Aliff Syukri kehilangan ratusan ribu ringgit.
Disebabkan bebanan dalam usaha pemasaran, sentuhan tangan beliau sendiri telah menyebabkan ia menjadi hasil yang berlainan dalam pasaran. Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana beliau telah bernaung di
bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat beliau yang lebih strategik dan selesa. Dengan pemindahan ini, syarikat itu dapat meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D 'herba dengan lebih luas.

3)  PENGAMBIL RISIKO TERBUKA ( OPEN RISK TAKER )
   Pengambil risiko terbuka dapat dikaitkan dengan individu atau perniagaan yang cenderung untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, tetapi juga mungkin dapat membuka peluang kepada hasil yang memuaskan.
     Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman merupakan seorang usahawan yang sanggup mengambil risiko untuk berjaya. Beliau sanggup mengambil risiko dengan menceburi bidang yang kini banyak diterajui oleh golongan wanita. Walaupun pada peringkat awal beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan modal tetapi beliau tetap meneruskan perniagaannya. Ketika beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri, Dato’ Aliff Syukri telah menggunakan semua wang simpanannya walaupun sedar dengan risiko muflis yang mungkin berlaku. Kesanggupan Dato’ Aliff Syukri menanggung risiko itu telah menyebabkan beliau berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
     Sewaktu Dato’ Aliff Syukri mula memasarkan produknya sendiri, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana wujudnya persepsi masyarakat terhadap beliau. Stokis dan pelanggan sukar untuk menerima produk beliau kerana beliau seorang lelaki. Mereka beranggapan seorang lelaki tidak mengetahui apa yang wanita perlukan terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk memberikan produknya
kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta wang daripada mereka. Tindakannya itu telah menyebabkan Dato’ Aliff Syukri kehilangan ratusan ribu ringgit. Namun begitu, keputusan beliau itu menyebabkan produk yang dikeluarkannya mula dikenali ramai.
Kejayaan Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dalam memajukan syarikatnya membuktikan bahawa sikap sanggup mengambil risiko itu penting bagi mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya. Hal ini demikian kerana, kerjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai banyak cabaran dan seseorang usahawan itu tidak akan terlepas daripada risiko yang mungkin berlaku. 

 4) KAWALAN LOKUS DALAMAN ( INTERNAL LOCUS OF CONTROL )
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai kawalan lokus dalaman yang bagus. Ciri ini dalam dirinya telah terserlah apabila beliau mengasaskan sebuah syarikat berasaskan kesihatan dan kecantikan yang didominasikan oleh golongan wanita. Disebabkan majoriti pelanggan syarikatnya adalah dalam kalangan wanita, beliau perlu peka terhadap kehendak dan keperluan pengguna khususnya golongan wanita yang pada masa kini sentiasa mementingkan kecantikan dan kesihatan.
Walaupun majoriti pelanggannya adalah golongan wanita, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga sentiasa mengambil tahu kehendak dan keperluan pelanggannya yang terdiri daripada golongan lelaki. Hal ini terbukti apabila syarikat beliau telah memasarkan banyak produk kesihatan khusus untuk golongan lelaki. Antaranya ialah Coffee Arjuna Maxx yang merupakan minuman khusus untuk golongan lelaki. Golongan lelaki pada masa kini sentiasa inginkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Oleh itu, beliau telah memasarkan produk ini bagi membantu golongan lelaki mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran serta menguatkan tenaga.
Di samping itu, beliau turut mendapati bahawa masyarakat Melayu mahukan produk dengan harga yang murah dan cantik. Oleh hal yang demikian, Dato’ Aliff Syukri telah mencipta pelbagai jenis produk yang dimahukan oleh masyarakat. Melalui pemerhatian, beliau dapat mengetahui apa yang diinginkan oleh masyarakat hari ini dan seterusnya berusaha memenuhi permintaan pelanggannya.
Kejayaan Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman membuktikan bahawa seseorang usahawan itu perlu mempunyai kawalan lokus dalaman dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat merebut peluang untuk memajukan diri dan organisasi.

5) BERORIENTASIKAN PELUANG 
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga memiliki ciri usahawan berorintasikan peluang. Ciri ini terserlah dalam diri beliau apabila Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menetapkan visi syarikatnya adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan serta dapat menjana pendapatan dan keuntungan bagi kedua-dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
     Selain itu, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai melihat peluang untuk membantu golongan wanita dan lelaki yang menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya di samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk keluaran syarikatnya. Dato’ Aliff Syukri telah menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras dalam perniagaan beliau. Beliau juga berhasrat untuk mengembangkan jenama produknya sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500
jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak pilihan kepada para pelanggannya.



KESIMPULAN

Daripada tugasan yang telah kami lakukan di atas, apa yang dapat kita simpulkan di sini adalah usahawan adalah individu yang unik serta mempunyai sikap yang berbeza dari manusia biasa yang lain. Usahawan memainan peranan yang penting dalam membentuk pembangunan serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. Usahawan juga adalah salah satu yang penting dalam menentukan maju dan mundurnya sesebuah ekonomi negara. Dalam hal ini, negara memerlukan usahawan-usahawan yang mempunyai sikap yang proaktif serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk memacu ekonomi negara. Ciri-ciri keusahawanan yang telah disebut di atas bukan sahaja dapat memajukan diri usahawan itu sahaja, malahan dapat membangunkan masyarakat serta kepada negara. Hal ini kerana usahawan merupakan faktor daya penggerak yang mewujudkan serta memajukan ekonomi sesebuah negara.
Usahawan haruslah mempunyai rangkaian perniagaan yang bagus serta haruslah mempunyai ciri seorang yang kreatif serta innovatif untuk memajukan perniagaan yang bakal mereka mulakan. Untuk menjadi seorang usahawan juga, mereka haruslah menjadi seorang yang berkomitmen yang tinggi dan mempunyai kawalan lokus dalaman yang bagus agar tidak mudah goyah serta mampu bertahan dengan segala cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia perniagaan. Selain daripada itu, seorang usahawan yang bejaya harulah pandai mengira risiko yang bakal dihadapi mereka untuk memulakan perniagaan dan haruslah pandai mencari peluang untuk terus mengembangkan cabang perniagaan mereka dari kecil-kecilan hingga ke peringkat antarabangsa.
Oleh itu, kerajaan sangat menggalakkan masyarakat sekeling untuk menceburi bidang keusahawan bagi membantu diri sendiri serta dapat memberi faedah kepada ekonomi negara untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.