PENGENALAN
Bidang
keusahawanan telah memainkan peranan yang besar serta penting dalam pembangunan
di Malaysia.dalam hal ini, kerajaan beserta kerjasama daripada pihak-pihak
bukan kerajaan dan juga agensi-agensi yang terdapat di Malaysia telah
menganjurkan pelbagai program pembangunan keusahawanan dalam usaha untuk
melahirkan lebih banyak bilangan usahawan yang berkebolehan serta berkebolehan
dari pelbahgai aspek. Bidang keusahawan bukan sahaja menjadi pemnagkin kepada
ekonomi sesebuah negara, malahan bidang ini juga menjadi salah satu jalan
keluar atau jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negara Malaysia. (Norashidah Hashim, 2009) .
Bidang
keusahawanan juga mampu mencipta perniagaan baru untuk sesebuah negara serta
menjurus kepada penemuan sumber penciptaan penemuan terbaru, terbaru serta
inovasi. Pelbagai penemuan utama dalam abad ke-20 adalah hasil daripada
inisiatif daripada bidang keusahawan. Negara Malaysia memperoleh keuntungan
yang berlipat ganda dari bidang keusahawanan. Negara bukan sahaja dapat
menikmati faedah dari segi keuntungan ekonomi sahaja, malahan masyarakat juga
turut merasai faedah dari bidang keusahawanan dari segi taraf kehidupan,
tanggungjawab sosial serta pengukuhan industri. (Mahmood, 2010)
1. RANGKAIAN PERNIAGAAN
Rangkaian perniagaan merupakan elemen
terpenting dalam perniagaan bagi memastikan perniagaan lebih dikenali.
Rangkaian perniagaan adalah hubungan yang wujud di antara beberapa individu di
dalam sesebuah perniagaan termasuklah peniaga, pembekal atau pemborong dan
pelanggan. Usahawan yang memiliki rangkaian perniagaan yang luas membolehkan
mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu, dalam perniagaan masa
kini terdapat banyak persaingan. Untuk mengurangkan persaingan, usahawan perlu
mewujudkan usahasama bagi memastikan perniagaan dapat berkembang. Usahawan
boleh memperkenalkan perniagaan mereka pada pelanggan yang baru iaitu pelanggan
kepunyaan rakan niaga mereka. Hubungan rangkaian yang baik dapat membantu
usahawan dalam menyelesaikan masalah berkaitan perniagaan mereka untuk
mendapatkan sokongan dan kerjasama. Usahawan perlu mencari jalan untuk membina
rangkaian yang baik agar dapat memperolehi manfaat daripadanya.
Contoh usahawan yang mempunyai
rangkaian yang meluas ialah Tan Sri Dato’ Sri Tony Fernandes. Beliau merupakan
ketua pegawai Eksekutif bagi syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.
Beliau dikatakan mempunyai rangkaian meluas kerana dalam meraih kejayaan,
beliau dibantu oleh rakan baiknya iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Beliau
mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat tersebut setelah tertarik dengan iklan
sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Easyjet. Oleh hal yang
demikian, beliau dan Datuk Kamarudin bersepakat untuk mengeluarkan wang
simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan RM1 juta sebagai modal bagi
memulakan perniagaan. Selain itu, Tan Sri Tony turut meminta bantuan Datuk
Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lessen pernerbangan. Beliau menyedari
Datuk Pahamin telah banyak berjasa dalam merealisasikan impiannya, beliau telah
mempelawa Datuk Pahamin untuk menjadi rakan kongsi.
Kejayaan Tan Sri Dato Sri Tony Fernandes dalam bidang
perniagaan penerbangan telah membuktikan bahawa hubungan yang baik dengan
pelbagai pihak dalam perniagaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan
sesebuah perniagaan dapat berkembang dan maju. Usahawan yang memiliki rangkaian
yang luas mesti bersikap proaktif dan fokus melakukan sesuatu yang bertumpu
pada rangkaian perniagaan untuk pertumbuhan perniagaan. Hasil kerjasama beliau
dengan beberapa orang kenalan, beliau berjaya mengambil alih Air Asia Sdn. Bhd.
2.
KREATIF
DAN INNOVATIF
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi
dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan
patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya
bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan
pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan
serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari
gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger
dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan
jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji
Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan
hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini
syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian
Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala
Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran
hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran
Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
Menurut beliau daripada pemerhatiannya semasa bekerja sebagai pemotong
daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan
makanan sejuk
beku yang tidak pasti halal haramnya, telah
mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini
jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif
dan inovatif. Usahawan kreatif mestilah berkeupayaan mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Daya
kreativiti usahawan menghasilkan sesuatu barangan yang baru, berguna dan
berkualiti akan dapat menyaingi pesaingnya. Daya kreativiti usahawan
dapat dilihat dalam pembangunan teknologi maklumatdan komunikasi. Pelbagai
perisian computer dicipta selaras tahap penggunaan computer di pelbagai bidang.
Usahawan mestilah dan sentiasa peka dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku.
Inovatif bermaksud kebolehan mengubah suai, meningkatkan mutu atau membuat
pembaharuan ke atas barang atau perkhidmatan yang sedia ada kepada sesuatu yang
berbeza dan luar biasa serta berpandangan jauh.
Burger Ramly merupakan produk bumiputera
milik yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia.
Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran.
Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera
yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan
keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang
sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran
syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik.
3. KOMITMEN YANG TINGGI
Komitmen
yang tinggi amat perlu pada peringkat permulaan perniagaan dimana usahawan
memerlukan ciri ini iaitu komitmen yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran,
rintangan dan masalah untuk menjayakan bisnes mereka Kejayaan sesuatu usaha
bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Usahawan amat memerlukan komitmen
yang tinggi pada peringkat permulaan perniaagan atau lebih dikenali sebagai
peringkat survival, untuk menghadapi segala kesulitan untuk mendapatkan
kelebihan persaingan berbanding pesaing yang telah sedia ada. Usahawan-usahawan
diluar sana juga memerlukan ciri ini pada peringkat pertumbuhan atau dikenali
sebagai peringkat growth, untuk terus mengembangkan perniagaannya ke peringkat
yang lebih tinggi. Selain daripada itu, usahawan juga perlu komitmen terhadap
idea dan juga pelaburan mereka untuk memastikan perniagaan yang mereka usahakan
terus berjaya.
Contoh
usahawan yang mempunyai ciri ini adalah Datuk Loh Boon Siew. Beliau berasal dari
Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di
China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin
menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau
bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk
dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Beliau disuruh oleh ayahnya
bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa
untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga
yang berada di China.
Pada sekitar tahun 1980-an, boleh dikatakan 10 buah motosikal yang berada
di jalan raya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Mendiang
Tan Sri Dato Loh Boon Siew bertanggungjawab untuk membawa masuk motosikal Honda
terbabit ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf
dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca,
namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung pada
ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu,
beliau juga merupakan
seorang yang sentiasa
berpandangan jauh ke hadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini
adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini.
Sebagai
usahawan berjaya, Tan Sri dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang
tinggi serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan
untuk membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia. Ini dapat dilihat dengan terbinanya
kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik
Boon Siew Sdn Bhd. Dengan terbinanya kilang ini, motosikal Honda tidak lagi
dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan
kos pemasangan dan jualan.
Dengan sikap komitmen tinggi inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk
terus berjaya terutamanya dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan
mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti Tan Sri. Sikap positif ini
senjata utama dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri
permotoran Malaysia.
4. LOKUS
KAWALAN DALAMAN
Lokus kawalan dalaman merupakan antara ciri-ciri usahawan
yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap kepercayaan seseorang
individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor
luaran. Lokus kawalan dalaman yang tinggi perlu ada dalam diri seorang usahawan
untuk memperlihatkan akan keyakinan usahawan tersebut terhadap kebolehan
dirinya sendiri. Kejayaan ataupun kegagalan seseorang usahawan itu adalah
bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam
kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang
akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. (Abdullah, 2009) . Usahawan yang mempunyai lokus kawalan
yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah dipengaruhi oleh
faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak sahih.
Antara contoh usahawan yang mempunyai lokus kawalan
dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan
pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula dengan hanya 4 produk kini D’Herbs sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian
produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat.
Walaupun
pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’
Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip
sikit-sikit, lama- lama jadi bukit
itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha
demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah
yang membuatkan beliau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran
saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa
yang terjadi.
5.
PENGAMBIL
RISIKO TERBUKA
Sebagai contoh, Pengasas
Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan
yang berani mengambil risiko secara terbuka. Tan Sri Lim Goh Tong berpendapat
bahawa sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah
dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang
cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan.
Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang
lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang
diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa
idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal
berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah
menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan
kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan.
Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari
sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan
menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang
terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga
pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang
paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di
dunia.
Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan
perniagaan rasminya setelah melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh
Tong mampu tersenyum lebar kerana projek mega inilah yang pernah meletakkannya
sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan antara orang yang terkaya di dunia.
Menurut majalah Forbes Asia Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan
jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal
dunia pada 23 Oktober 2007.
6.
BERORIENTASIKAN
PELUANG
Salah
satu ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan berjaya ialah bijak
mengambil peluang. Hal ini demikian kerana peluang mampu menjadi sumber
kewangan atau keuntungan. Menurut Zafir
dan Fazilah (2003), sesudah peluang dikenal pasti, seorang usahawan membiarkan
peluamg tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang
diperlukan. Ini membuktikan kejayaan sesebuah perniagaan bukan sahaja
bergantung pada strategi, struktur dan sumber tetapi juga bergantung pada
peluang.
Contoh
usahawan berjaya yang menepati ciri ini ialah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew.
Beliau merupaka pengasas Boon Siew Honda di Malaysia. Boon Siew Honda merupakan
sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia kerana mampu mengeluarkan motosikal
yang menepati citarasa pengguna di negara ini. Idea untuk memperkenalkan Honda
di Malaysia tercetus ketika beliau melancong ke Jepun pada tahun 1958. Beliau
berpendapat bahawa Honda mempunyai peluang yang besar dalam industri automotif
kerana saiz yang kecil dan ringan berbanding keluaran Eropah.
Beliau
juga diketawakan ketika mengemukakan pendapat untuk memperkenalkan Honda di
Malaysia. Pada peringkat permulaan, beliau hanya menjual motosikal kepada
rakan-rakan sahaja kerana beliau ingin masyarakat lebih mengenali jenama
berkenaan. Pada tahun1963, Honda telah berjaya menjadi kenderaan paling
diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan. Struktur dan saiz motosikal
Honda yang ringan dan selesa memudahkan pengguna untuk menggunakan motosikal
berkenaan.
Tan
Sri Loh Boon Siew mengenal pasti dan mengguna peluang perniagaan sebaik mungkin
berdasarkan pemerhatian beliau. Hal ini membuktikan bahawa usahawan yang
berjaya memanfaatkan peluang sebaik mungkin biarpun menyedari akan risiko-risiko
yang bakal ditanggung.
7. PROAKTIF
Proaktif ialah bersikap positif dengan merangka dan mengawal
tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya
sesuatu perkara atau kejadian. Dalam konteks keusahawanan, seorang usahawan itu
mestilah bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam
dunia perniagaan.Sebagai contoh, Saiful Nang yang dikenali dalam bidang
fotografi. Siapa yang menceburi
bidang ini pasti kenal dengan tuan empunya badan. Beliau juga antara jutawan
fotografi yang termuda di Malaysia. Banyak gambar-gambar yang diambil oleh
beliau dan sekarang mempunyai sebuah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd sebagai
seorang CEO. Beliau berasal daripada
keluarga yangmiskin telah melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun. Beliau mula menjual
lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Sikap beliau ini menunjukkan bahawa beliau
seorang yang proaktif. Pada masa kini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat yang mempunyai penjenamaan
sendiri. Beliau juga mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan
mengembangkannya menjadi sebuahinstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sejak
awal lagi beliau telah berjinak-jinak dalam bidang ini. Syarikat fotografi yang ditubuhkan oleh beliau mempunyai taraf antarabangsa
kerana melibatkan banyak Negara luar. Setakat ini, lebih 30,000 orang
jurugambar yang sudah beliau telah didik dalam bidang ini. Beliau
bertindak berani untuk menjengah bidang keusahawanan dalam usia muda walaupun
risiko sebagai seorang usahawan untuk menubuhkan
syarikat atau perniagaan sendiri adalah tinggi. Dengan berkat kesungguhan
dan sikap beliau yang bertindak
lebih awal untuk memulakan perniagaan
dalam usia muda adalah satu tindakan yang bijak dan proaktif. Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid
Syndrome ke persada dunia. Jenama Candid Syndrome kini bukan lagi nama biasa di
negara seperti Indonesia, Brunei,
Sweden dan juga Singapura. Malahan beliau terus
mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN,
sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia.
TUGASAN 1 (b)
BIOGRAFI DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
KEHIDUPAN AWAL DAN PENDIDIKAN
Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 3 April 1987 di kediaman Felda
Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau kemudiannya telah berpindah ke kawasan
Selangor. Dan melanjutkan pelajaran beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar,
Selangor. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, beliau berjaya untuk
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Beliau bersekolah di Sekolah Menegah
Telok Gadong Klang, Selangor. Kemudian, beliau mengambil inisiatif untuk
menuntut ilmu agama. Akhirnya beliau memilih untuk menuntut ilmu agama di
Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Agak lama beliau di Kelantan dan ini
boleh dikira sebagai satu perkara yang mempengaruhi beliau untuk berniaga
dimana rakyat Kelantan ramai yang menjalankan perniagaan. Setelah itu, beliau
menyambung pula pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga
tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Kini beliau telah
mendirikan rumah tangga dengan Datin Shahida binti Mohd Rashid dan telah
dikurniakan 3 orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
PENUBUHAN AWAL SYARIKAT
D'Herbs
Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010
dimana beliau hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja
sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk Pelansingan,
Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini beliau mengorak
langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk
baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan
syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di
lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan
perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah
menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia,
Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota
Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang
terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke
seluruh dunia. Baru-baru ini Dato Aliff Syuki telah menerima anugerah ikon
usahawan bumiputera bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan
dimenangi oleh usahawan tudung berjaya, Noor Neelofa Mohd Noor.
PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2016
Tahun
2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana beliau telah bernaung
di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan beliau telah mengembangkan
perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang
lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan
semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’herbs dengan lebih meluas dan
berkembang maju.
Beliau
juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan
dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan
Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan
bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia
dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada
pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs
juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing
Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan
kecantikan dan beliau juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang
berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk
penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan
pelanggan.
Pada
tahun 2016, beliau muncul dengan produk terbaru iaitu Fantasy Skincare yang
merupakan produk kecantika. Produk ini telah diperkenalkan melalui program
realiti di Astro iaitu Akademi Fantasia 2016. Produk ini telah
mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelanggan beliau dan
menjadikan syarikat itu terus berkembang maju.
CIRI-CIRI KEUSAHAWAN OLEH DATO’ ALIFF SYUKRI
KAMARZAMAN
1) KOMITMEN
YANG TINGGI ( HIGH COMMITMENT )
Datuk Aliff Shukri
Kamarzaman merupakan seorang usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam
dirinya. Datuk Aliff Shukri Kamarzaman dikenali sebagai 'abang terlajak laris'
dan 'datuk terlajak laris' bukan kerana sesuatu yang tidak baik tetapi kerana
slogan yang terkenal 'Terlajak laris' untuk produk kecantikan, D'Herbs. Walau
bagaimanapun, Beliau tidak pernah merasa kesal walaupun masyarakat tidak
menerima slogan beliau. Malah, masyarakat telah memasukkan ke dalam laman
sosial melabelkan beliau sebagai lelaki lembut kerana penampilannya dalam iklan
yang berkaitan produk kecantikan. Tetapi kini, produk beliau menjadi terkenal
kerana slogan tersebut.
Aliff
Shukri berkata, beliau sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membangunkan
syarikat itu selepas menghadapi banyak masalah termasuk strategi pengiklanan
walaupun masyarakat mencemuh keperibadiannya. Dia menyamar sebagai seorang
pengurus kerana dia tidak mempunyai pekerja dan beliau juga cuba untuk menjadi
model Pakistan dan pengasas kosmetik. Strategi ini tidak berkesan. "Saya
menukar strategi dan muncul di televisyen dengan gaya watak korporat, tetapi
strategi tidak berkesan. Selama dua tahun wang beliau telah dilaburkan dalam
pengiklanan, ia tidak mendapat sebarang keuntungan sama sekali" katanya
semasa temu duga baru-baru ini.
Mengimbas kembali kisah jatuh
bangun perniagaannya, Aliff Shukri berkata, ia bukan mudah untuk berdiri kukuh
dan mendapat kepercayaan dari masyarakat. Beliau berkata, untuk berjaya, beliau
telah banyak mengorbankan perkara dalam hidupnya, perlu banyak keyakinan dalam
menghadapi segala cabaran. “Masyarakat mungkin berfikir saya seorang yang
bernasib baik, tetapi kejayaan yang sebenar bukanlah semudah yang dilihat”. Hal di atas menjadikan beliau
seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk meneruskan perniagaannya
walau apa pun yang terjadi.
2) PROAKTIF
( PROACTIVE )
Ciri proaktif ditakrifkan sebagai mengubah atau
mengawal keadaan dengan mengambil langkah inisiatif dan dapat menjangkakan
keadaan yang akan berlaku serta bertindak terlebih dahulu untuk mengatasi
keadaan tersebut.
Dato 'Aliff Syukri mula mengambil langkah
dengan menjual produk kecanikannya sendiri walaupun beliau tahu produk
kecantikan selalunya didominasikan oleh kaum wanita. Pada mulanya, Dato 'Aliff Syukri hanya menjual jamu
orang lain dan produk kesihatan sejak berumur 16 tahun. Beliau cukup merendah
diri hanya dengan menjual di pasar petani tempatan di pelbagai lokasi. Beliau
tidak begitu berjaya dalam pelajaran dan daripada keluarga miskin, tetapi
beliau berazam untuk berjaya. Menjual di pasar tani adalah sesuatu yang sukar,
dengan kewangan yang kurang, beliau mampu mengumpul dan menyimpan wang. Selepas
beliau berkahwin, beliau mula bekerja lebih keras. Masa pergi meninggalkan
pengalaman, beliau mula mengambil inisiatif dengan mencuba untuk menjual produk
ekcantikannya tersendiri. Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga,
beliau kemudian mula mengasas D'Herbs dengan wang simpanannya sendiri.
Oleh
kerana beliau tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan mana-mana pengedar, ia
agak sukar untuk meminta orang ramai untuk menjual produk beliau. Akhirnya,
beliau membuat keputusan untuk memberikan produknya kepada stokis-stokis untuk
dipasarkan tanpa meminta wang daripada mereka. Tindakannya itu telah
menyebabkan Dato’ Aliff Syukri kehilangan ratusan ribu ringgit.
Disebabkan bebanan dalam usaha
pemasaran, sentuhan tangan beliau sendiri telah menyebabkan ia menjadi hasil
yang berlainan dalam pasaran. Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk
D’Herbs di mana beliau telah bernaung di
bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan beliau telah
mengembangkan perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik
syarikat beliau yang lebih strategik dan selesa. Dengan pemindahan ini,
syarikat itu dapat meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan
memasarkan produk D 'herba dengan lebih luas.
3) PENGAMBIL
RISIKO TERBUKA ( OPEN RISK TAKER )
Pengambil
risiko terbuka dapat dikaitkan dengan individu atau perniagaan yang cenderung
untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berpotensi untuk menyebabkan
kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, tetapi juga mungkin dapat membuka
peluang kepada hasil yang memuaskan.
Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman merupakan seorang usahawan yang sanggup mengambil
risiko untuk berjaya. Beliau sanggup mengambil risiko dengan menceburi bidang
yang kini banyak diterajui oleh golongan wanita. Walaupun pada peringkat awal
beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan modal tetapi beliau tetap
meneruskan perniagaannya. Ketika beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk
jenama sendiri, Dato’ Aliff Syukri telah menggunakan semua wang simpanannya
walaupun sedar dengan risiko muflis yang mungkin berlaku. Kesanggupan Dato’
Aliff Syukri menanggung risiko itu telah menyebabkan beliau berjaya mengeluarkan
gincu kolagen pertama di Malaysia.
Sewaktu
Dato’ Aliff Syukri mula memasarkan produknya sendiri, beliau menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana wujudnya persepsi
masyarakat terhadap beliau. Stokis dan pelanggan sukar untuk menerima produk
beliau kerana beliau seorang lelaki. Mereka beranggapan seorang lelaki tidak
mengetahui apa yang wanita perlukan terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan
dan kecantikan. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk memberikan produknya
kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta wang
daripada mereka. Tindakannya itu telah menyebabkan Dato’ Aliff Syukri
kehilangan ratusan ribu ringgit. Namun begitu, keputusan beliau itu menyebabkan
produk yang dikeluarkannya mula dikenali ramai.
Kejayaan Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dalam memajukan
syarikatnya membuktikan bahawa sikap sanggup mengambil risiko itu penting bagi
mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya. Hal ini demikian kerana,
kerjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai banyak cabaran dan seseorang
usahawan itu tidak akan terlepas daripada risiko yang mungkin berlaku.
4) KAWALAN
LOKUS DALAMAN ( INTERNAL LOCUS OF CONTROL )
Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai kawalan lokus dalaman yang bagus. Ciri ini
dalam dirinya telah terserlah apabila beliau mengasaskan sebuah syarikat
berasaskan kesihatan dan kecantikan yang didominasikan oleh golongan wanita. Disebabkan
majoriti pelanggan syarikatnya adalah dalam kalangan wanita, beliau perlu peka
terhadap kehendak dan keperluan pengguna khususnya golongan wanita yang pada
masa kini sentiasa mementingkan kecantikan dan kesihatan.
Walaupun majoriti pelanggannya adalah
golongan wanita, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga sentiasa mengambil tahu
kehendak dan keperluan pelanggannya yang terdiri daripada golongan lelaki. Hal
ini terbukti apabila syarikat beliau telah memasarkan banyak produk kesihatan
khusus untuk golongan lelaki. Antaranya ialah Coffee Arjuna Maxx yang merupakan
minuman khusus untuk golongan lelaki. Golongan lelaki pada masa kini sentiasa
inginkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Oleh itu, beliau telah
memasarkan produk ini bagi membantu golongan lelaki mengekalkan kesihatan
dalaman dan luaran serta menguatkan tenaga.
Di samping itu, beliau turut mendapati
bahawa masyarakat Melayu mahukan produk dengan harga yang murah dan cantik.
Oleh hal yang demikian, Dato’ Aliff Syukri telah mencipta pelbagai jenis produk
yang dimahukan oleh masyarakat. Melalui pemerhatian, beliau dapat mengetahui
apa yang diinginkan oleh masyarakat hari ini dan seterusnya berusaha memenuhi
permintaan pelanggannya.
Kejayaan Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
membuktikan bahawa seseorang usahawan itu perlu mempunyai kawalan lokus dalaman
dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat merebut peluang untuk
memajukan diri dan organisasi.
5) BERORIENTASIKAN
PELUANG
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga memiliki ciri
usahawan berorintasikan peluang. Ciri ini terserlah dalam diri beliau apabila
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menetapkan visi syarikatnya adalah untuk menjadi
sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan
dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem
yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua
golongan serta dapat menjana pendapatan dan keuntungan bagi kedua-dua pihak
iaitu pengeluar dan peniaga.
Selain
itu, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai melihat peluang untuk membantu golongan
wanita dan lelaki yang menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk
tampil dengan lebih yakin dan bergaya di samping membantu mereka menjana
pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk keluaran syarikatnya. Dato’
Aliff Syukri telah menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras dalam
perniagaan beliau. Beliau juga berhasrat untuk mengembangkan jenama produknya
sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk
menghasilkan 500
jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi
lebih banyak pilihan kepada para pelanggannya.
KESIMPULAN
Daripada tugasan yang telah kami lakukan di atas, apa yang dapat kita simpulkan di sini
adalah usahawan adalah individu yang unik serta mempunyai sikap yang berbeza
dari manusia biasa yang lain. Usahawan memainan peranan yang penting dalam
membentuk pembangunan serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Usahawan juga adalah salah satu yang penting dalam menentukan maju dan
mundurnya sesebuah ekonomi negara. Dalam hal ini, negara memerlukan
usahawan-usahawan yang mempunyai sikap yang proaktif serta mempunyai komitmen
yang tinggi untuk memacu ekonomi negara. Ciri-ciri keusahawanan yang telah
disebut di atas bukan sahaja dapat memajukan diri usahawan itu sahaja, malahan
dapat membangunkan masyarakat serta kepada negara. Hal ini kerana usahawan
merupakan faktor daya penggerak yang mewujudkan serta memajukan ekonomi
sesebuah negara.
Usahawan haruslah mempunyai rangkaian
perniagaan yang bagus serta haruslah mempunyai ciri seorang yang kreatif serta
innovatif untuk memajukan perniagaan yang bakal mereka mulakan. Untuk menjadi
seorang usahawan juga, mereka haruslah menjadi seorang yang berkomitmen yang
tinggi dan mempunyai kawalan lokus dalaman yang bagus agar tidak mudah goyah
serta mampu bertahan dengan segala cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia
perniagaan. Selain daripada itu, seorang usahawan yang bejaya harulah pandai
mengira risiko yang bakal dihadapi mereka untuk memulakan perniagaan dan
haruslah pandai mencari peluang untuk terus mengembangkan cabang perniagaan
mereka dari kecil-kecilan hingga ke peringkat antarabangsa.
Oleh itu, kerajaan sangat menggalakkan
masyarakat sekeling untuk menceburi bidang keusahawan bagi membantu diri
sendiri serta dapat memberi faedah kepada ekonomi negara untuk menjalani kehidupan
yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment